Tuesday, April 21, 2009

Sekeping warkah yang terkubur...

Assalamualaikum...

Kehadapan insan yang sentiasa dihati..

Seribu kemaafan dipohon sekiranya kehadiran warkah ini mengganggu hidupmu...lembaran yang penuh dengan coretan pena berdarah tinta menceritakan tujuan kehadiran warkah ini...luahan hati dan perasaan yang entah siapa yang ingin mendengarnya...kiranya tidak sudi menatap lembaran ini...layarkanlah warkah ini ke lautan samudera biar terkubur perasaan yang terbuku ini...kehadiran insan-insan yang ingin mewarnai hidup ini tidak sedikit pun dapat menukarkan warna kehidupanku yang hanya hitam dan putih...namun setelah bertahun aku bersendiri akhirnya kau hadir memberi warna kepada kehidupan ini..bahagia yang telah lama aku idam-idamkan...malangnya, bagai kaca yang dihempaskan ke batu...hati ini hancur hanya kerna satu perkataan darimu...sebenarnya, aku mengharapkan perasaan ini hanya terbuku dan terkubur di dalam hati ini...perasaan yang ku pendam akhirnya terbongkar jua...aku menyesali kerana kebodohan aku membuka pintu hati ini untuk menerima kehadiran lelaki...betapa aku sanggup melukai hati insan-insan lain namun tidak aku tahu betapa bodohnya aku meminati dirimu...sekarang biarlah aku sendirian meminati dirimu dari kejauhan....

insan yang sentiasa meratap kesedihan...
salam sayang yang penuh kerinduan...

p/s : warkah ini masih tersisip rapi di dalam diari ku...hingga kini...warkah yang terbuku selama lebih kurang 6 tahun....warkah yang ingin ku layangkan namun hati ini masih tidak punya keberanian..akan ku biarkan ia terus terbuku....

0 comments:

 
template by suckmylolly.com