Tuesday, April 28, 2009

My LoVe StORy??

Bercinta....bagaikan satu perkataan keramat bagi diri ini..saat aku duduk bersendirian mengenangkan kisah2 yang pernah kulalui...terdetik di hati ini patutkah aku bercinta...patutkah aku berpacaran seperti insan2 lain yang enak dibuai mimpi2 indah...mimpi yang kadangkala bertukar menjadi mimpi yang sangat menakutkan...aku sendiri tidak pasti...dalam setiap langkahku, ku perhatikan pasangan yang bermadu asmara...indah nya hidup mereka...benarkah semua itu...kerana aku hanya percaya itu semua hanya mimpi...dan satu hari mereka akan terjaga...

dalam hidup ini aku mencari seorang insan yang mampu membuatkan nafasku terhenti walaupun hanya untuk sesaat...insan yang mampu membuatkan aku tersenyum walau hanya melihat dan memandang belakangnya...insan yang mampu membuatkan aku tidak lena hanya kerana setiap tingkahnya...

aku tidak mahu janji manis yang hanya dibibir sahaja...kata-kata manis yang mampu meruntuhkan gunung yang gah berdiri...kata-kata yang bermuka-muka panjang nya...

persoalan bercinta sering diajukan..namun aku hanya mampu tersenyum...aku insan biasa yang juga ingin dikasihi dan mengasihi...namun...bukan kerna aku terlalu memilih...bukan kerna aku terlalu jual mahal...bukan kerna aku benci lelaki...hanya kerna aku belum menemuni dia...mungkin juga dia di depan mataku...mungkin juga dia yang memegang tanganku...mungkin juga dia yang sering memandangku...hanya aku belum ketahui...dan hati ini ini belum diketemukan...hanya itu...

0 comments:

 
template by suckmylolly.com