dalam hidup ini aku mencari seorang insan yang mampu membuatkan nafasku terhenti walaupun hanya untuk sesaat...insan yang mampu membuatkan aku tersenyum walau hanya melihat dan memandang belakangnya...insan yang mampu membuatkan aku tidak lena hanya kerana setiap tingkahnya...
aku tidak mahu janji manis yang hanya dibibir sahaja...kata-kata manis yang mampu meruntuhkan gunung yang gah berdiri...kata-kata yang bermuka-muka panjang nya...
persoalan bercinta sering diajukan..namun aku hanya mampu tersenyum...aku insan biasa yang juga ingin dikasihi dan mengasihi...namun...bukan kerna aku terlalu memilih...bukan kerna aku terlalu jual mahal...bukan kerna aku benci lelaki...hanya kerna aku belum menemuni dia...mungkin juga dia di depan mataku...mungkin juga dia yang memegang tanganku...mungkin juga dia yang sering memandangku...hanya aku belum ketahui...dan hati ini ini belum diketemukan...hanya itu...