AKWAT SEJATI…
Akwat sejati bukanlah dilihat dari wajahnya yang manis dan menawan, tetapi daripada kasih sayangnya pada saudaranya dan orang di sekitarnya. Pantang baginya membuka aurat dan mempamerkan kepada sesiapapun, kecuali pada mahramnya. Dia senantiasa menguatkan iltizam dan azamnya dalam berghadul bashar dan menjaga kemuliaan diri, keluarga serta agamanya.
Akwat sejati bukanlah dilihat daripada suaranya yang lembut dan mempersona, tetapi daripada lembut dan tegasnya tutur dalam mengatakan kebenaran. Dia yang senantiasa menjaga lisan dari ghibah dan namimah. Pantang baginya membuka aib saudaranya. Dia yang memahami dan merasakan betul bahawa Allah SWT senantiasa mengawasi segala tindak-tanduknya.
Akwat sejati bukanlah dilihat daripada liuk gemalainya kala dia berjalan, tetapi daripada sikap bijaknya memahami keadaan dan persoalan-persoalan. Dia akan senantiasa bersikap tulus dalam membina persahabatan dengan siapapun, di manapun dirinya berada. Tak ada perbendaharaan kata “cemburu buta” dalam kamus kehidupannya. Dia senantiasa merasa cukup dengan apa yang Allah SWT anugerahkan untuknya, juga atas nafkah yang diberikan sang suami kepadanya. Tak pernah menuntut apa-apa yang tidak ada kemampuan pada sang qowwam di tengah keluarga. Sabar adalah aura yang terpancar dari wajahnya. Sifat tawadhu’ adalah pakaian yang senantiasa dia pakai sepanjang perguliran zaman.
Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada bagaimana dia menghormati dan menyayangi orang-orang ditempat kerja (wajihah dakwah), tetapi daripada tatacaranya menghormati dan menyayangi siapapun dan di manapun tanpa memandang status yang disandangnya. Dia yang dilihat menyejukkan mata dan meredupkan api amarah. Baiiti jannatii selalu berusaha dia ciptakan dalam alur kehidupan rumah tangga. Totalitas dalam menyokong dakwah suami dan berderma bakti mengurus generasi penerus yang berjiwa Rabbani.
Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada banyaknya ikhwan yang memuji dan menaruh hati padanya, tetapi dilihat daripada kesungguhannya dalam berbakti dan mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. Dia yang selalu menghindari sesuatu yang syubhat terlebih hal-hal yang diharamkan-Nya.
Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada bagaimana pandainya dia merayu dan banyaknya airmata yang menitik, tetapi daripada ketabahannya menghadapi liku-liku kehidupan. Pancaran kasih sayang meleset tajam daripada tiap nada bicara yang keluar dari bibirnya. Dia yang memiliki perasaan yang tajam yang selalu berbuat ihsan kala di tempat umum mahupun kala bersendirian.
Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada merdunya suara kala bertilawah al-Quran dan banyaknya hadis yang dia hafal, tetapi daripada keteguhan dan konsistennya mengamalkan kandungan keduanya. Dia selalu berusaha mengajarkan pada yang belum memahaminya. Al-Quran dan as- Sunnah dijadikannya sebagai suluh penerang serta pijakan dalam menelusuri lorong-lorong gelap kehidupan.
Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada tingginya gelar yang disandangnya serta luasnya wawasan ataupun lincahnya dia bergerak, tetapi tingginya ghairah untuk menuntut ilmu dan mengamalkan syariat secara murni dan berkesinambungan. Ilmu yang bermanfaat adalah tongkat yang di pegang. Menjadi akhwat sejati, nescaya akan membuat iri dan cemburu para bidadari, menjadi dambaan bagi mereka para insan berjiwa Rabbani, menjadi dambaan bagi mereka para pemilik ruh dakwah dan jihadiyah, serta para hamba Allah SWT yang tidak tertipu oleh gemerlapnya dunia yang semu………..
Menjadi Akwat sejati,
Seperti yang dicontohi oleh Khadijah, Aisyah, Hafsah, Maimunah, Shafiyah, Fathimah Az Zahra, dan para shahabiyah radiyallahu’anha ajma’in.
0 comments:
Post a Comment